Sejarah Ringkas:
Sekolah ini mula dibina pada bulan Mac 1990 di atas tanah yang berkeluasan 15.037 ekar dan memakan belanja sebanyak 3.8 juta ringgit. Sekolah ini siap dibina pada bulan Ogos 1992. Penyerahannya telah dilaksanakan pada 22 Ogos 1992 kepada Pengarah Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam. Pada 1 September 1992 sekolah ini mula beroperasi dengan nama Sekolah Rendah Kg Perpindahan Mata-Mata Gadong.
Penamaan:
Pada 23 Julai 1996 bersempana dengan hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 50 tahun, Sekolah Rendah Kg. Perpindahan Mata-Mata telah ditukar nama kepada Sekolah Rendah Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar, sempena nama salah seorang guru berbakti iaitu yang Amat Mulia Pengiran Haji Ali bin Pg. Hj. Md. Daud (D.S.N.B, D.P.M.B, S.L.J, P.O.A.S, P.J.K DAN P,K,L)
NEW FROM OUR INSTAGRAM!
Saturday, May 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment